Pada 27 Jun 2009, ibubapa murid prasekolah telah hadir ke kelas prasekolah bagi menandatangani rekod profil anak masing-masing. Walaupun murid prasekolah tiada peperiksaan, tetapi mereka ada penilaian yang dibuat secara berterusan. Cuma 6 orang murid sahaja yang ibubapa mereka tidak dapat hadir.
Selain dari menandatangani rekod profil, ibubapa juga berkesempatan memeriksa folio dan hasil kerja anak mereka. Mereka juga dapat berbincang dengan guru prasekolah mengenai prestasi anak.
No comments:
Post a Comment