Thursday, January 7, 2010

Selamat Datang Kanak-Kanak Prasekolah 2010

Pada 4 Januari 2010, kelas prasekolah menerima kemasukan 25 orang kanak-kanak prasekolah. Mereka terdiri daripada 16 perempuan dan 9 orang lelaki. Cuma pada hari pertama dan kedua sahaja, 2 orang kanak-kanak menangis semasa ditinggalkan oleh ibu masing-masing. Bagaimana pada hari ketiga, tidak seorang pun antara mereka yang menangis.

Pada hari pertama, kanak-kanak prasekolah menghadiri perhimpunan rasmi sekolah terlebih dahulu.

Aisyah Farhana menangis bila ibunya tidak menemaninya semasa perhimpunan. Jadi, Cikgu Husna menyuruh Aisyah berada bersama ibunya di belakang.

Sudah tunjuk minat untuk menulis.

Aisyah Farhana yang tadinya menangis, tidak lagi menangis, bahkan bahkan boleh menulis.

Umira dan Amanina sedang tekun menulis.

No comments: