Seramai 8 orang murid prasekolah telah diterima menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah kerana mereka didapati boleh membaca dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Selain dari dibenarkan meminjam sehingga 5 buah buku, kad tersebut juga boleh digunakan hingga mereka di tahun 6 nanti. Yang paling istimewa, mereka akan mula mencatat pembacaan mereka dalam buku NILAM seperti murid tahun 1 - 6.
Adalah diharapkan mereka ini akan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan lain yang masih belum cekap membaca.
Dari kini: Danial, Qusay, Fatihatul, Ain Ridwana, Amanina dan Ainin gembira menunjukkan kad ahli masing-masing.
(Tiada dalam gambar: Ainul dan Umira)
No comments:
Post a Comment