Friday, August 7, 2009

Rawatan Gigi

Pada 6 Ogos 2009, semua murid prasekolah telah menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi oleh jururawat dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu. Rawatan yang dijalankan adalah menampal dan mencabut gigi. Berikut adalah antara aksi-aksi yang menarik.

Amanina tidak takut langsung berhadapan dengan jururawat pergigian.

Gigi Nasim terpaksa ditampal kerana berlubang.

Wardah menangis kerana takut giginya dicabut.

Cikgu Husna menenangkan Wardah yang terpaksa ditampal giginya.

No comments: