Showing posts with label persembahan. Show all posts
Showing posts with label persembahan. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Pada 30 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Kelas prasekolah turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.



Sunday, August 15, 2010

Penyertaan Kanak-kanak Prasekolah

Tiga orang kanak-kanak prasekolah iaitu Amanina, Umira dan Wardah telah menyertai kumpulan nyanyian dan gerakan dalam persembahan di majlis penutup Program Jelajah 1Malaysia pada 8 Ogos 2010 bertempat di Balairaya Kampung Sungai Masin. Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga kerana menunjukkan komitmen yang tinggi.

Thursday, July 22, 2010

Persembahan Prasekolah SK Kampung Kuantan

Persembahan tersebut diadakan pada Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kampung Kuantan 2009.

Saturday, October 17, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK

Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriahnya. Kanak-kanak prasekolah turut menyampaikan sebuah persembahan.

Murid-murid prasekolah sedang membuat persembahan.

Semua murid-murid prasekolah sangat gembira kerana diraikan dalam sambutan Hari Kanak-Kanak ini.

Beberapa orang murid prasekolah mengiringi Cikgu Husna untuk membuat satu persembahan.

Persembahan silap mata dan lawak jenaka berjaya menghiburkan semua warga sekolah.

Sunday, November 2, 2008

Persembahan Di Hari Qualiti PPD Hulu Selangor


Persembahan tersebut dijayakan pada 29 Oktober 2008 bertempat di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Murid yang mengambil bahagian ialah Nursyaza, Mutiara, Airene Dania, Nadhirah, Ainin Qistina, Fatihatul Farhanah, Syuhada dan Nur Farhana. Lima orang murid lagi adalah murid tahun 1 yang merupakan bekas murid prasekolah tahun lepas.

Tuesday, October 14, 2008

Latihan Nyanyian dan Gerakan

Murid-murid prasekolah sekarang sedang giat menjalani latihan nyanyian dan gerakan kerana mereka bakal beraksi di hadapan Pengarah Pelajaran Selangor dalam majlis Hari Qualiti daerah Hulu Selangor pada 29 Oktober 2008 nanti bertempat di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu.