Showing posts with label mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label mesyuarat. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

MESYUARAT WARIS MURID PRASEKOLAH KALI PERTAMA / 2011

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Jumiati Ahmad. Seramai 18 orang ibu / bapa / penjaga murid prasekolah turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Antara perkara yang telah diputuskan / dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Lawatan murid prasekolah ke Balai Bomba Bangi dan Zoo Melaka akan diadakan pada 29.6 2011.

2. Gotong-royong keceriaan prasekolah akan diadakan pada 14 dan 15 Mei 2011 manakala Gotong-royong Perdana pada 21 Mei 2011.

3. Ibu /bapa/ penjaga diminta menyumbang anak pokok untuk prasekolah. Polibeg akan disediakan oleh prasekolah.

Guru besar, En. Taufek Mohamed menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut.

Tuesday, March 31, 2009

Mesyuarat Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor



Mesyuarat tersebut telah dijalankan pada 31 Mac di SK Kampung Kuantan. Mesyuarat dihadiri oleh guru prasekolah dari sekolah zon 3 iaitu SK Kg. Kuantan, SK Bandar Baru Batang Kali, SK Ulu Yam Bharu, SK Batang Kali, SJKT Batang Kali, SK Rasa dan SK Ampang Pecah. Bagaimanapun wakil dari SJKC Batang Kali tidak hadir.

Dalam mesyuarat telah diputuskan bahawa SK Kg. Kuantan menjadi tuan rumah. Sukan dijangka akan diadakan pada 30 April 2009.