Sunday, April 24, 2011

MESYUARAT WARIS MURID PRASEKOLAH KALI PERTAMA / 2011

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Jumiati Ahmad. Seramai 18 orang ibu / bapa / penjaga murid prasekolah turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Antara perkara yang telah diputuskan / dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Lawatan murid prasekolah ke Balai Bomba Bangi dan Zoo Melaka akan diadakan pada 29.6 2011.

2. Gotong-royong keceriaan prasekolah akan diadakan pada 14 dan 15 Mei 2011 manakala Gotong-royong Perdana pada 21 Mei 2011.

3. Ibu /bapa/ penjaga diminta menyumbang anak pokok untuk prasekolah. Polibeg akan disediakan oleh prasekolah.

Guru besar, En. Taufek Mohamed menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut.

No comments: