Wednesday, June 22, 2011

Tema: Haiwan

Pada minggu 23, tema adalah haiwan. Murid-murid prasekolah diberi kesempatan untuk memakai kostum haiwan. Berapa aktiviti yang bertema haiwan juga telah dijalankan. Antaranya nyanyian lagu aksi 'Gajah Menari', lembaran kerja yang berkaitan dengan haiwan, tayangan video mengenai haiwan dan banyak lagi. Kemuncaknya, murid-murid ini akan dibawa berkunjung melawat ke Zoo Melaka pada 29 Jun 2011 nanti.


Siti Aisyah dan Nurul Iman membuat aksi haiwan.



Nyanyian lagu aksi 'Gajah Menari'


Cikgu Husna pun tidak ketinggalan.


Menyiapkan lembaran kerja.

Mewarnakan gambar gajah pada lirik lagu.

No comments: